Skop agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Syara’. Asnaf-asnaf tersebut sepertimana yang dijelaskan dalam Firman Allah (S.W.T) yang bermaksud : “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang menguruskannya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. (Surah At-Taubah : 60)
Read More• Harta Luqatah ialah sesuatu yang dipungut atau harta tercicir.
• Luqatah juga bermaksud harta yang hilang dari tuannya dan dijumpai oleh orang lain.
• Selain itu, ia juga ditakrifkan sebagai harta tanap milik yang dihormati yang dijumpai
di sesuatu tempat yang tidak sepatutnya disimpan dan si penemunya tidak mengetahui orang yang berhak ke atas tersebut.
Rasullulah s.a.w. bersabda : “Kenalilah akan ikatan yang mengikat harta tersebut serta bekasnya, [kemudian hebahkanlah selama setahun. Sekiranya kamu tidak menemui tuannya maka kamu boleh memilikinya dan membelanjakannya, d an hendaklah ia dijadikan sebagai barang simpanan di bawah jagaan kamu. Sekiranya pada suatu hari datang tuannya kepada kamu maka berikanlah kepadanya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Read More
• Penemu hendaklah menyerahkan harta yang djumpai kepada Unit Wakaf dan Sumber Am MAIDAM atau pejabat Pejabat MAIDAM Daerah yang terdekat.
• Penemu perlu mengisi Borang Serahan Harta Luqatah dan menyerahkan borang tersebut kepada pegawai bertanggungjawab beserta harta luqatah tersebut.
• Resit / Akaun Terima Harta Luqatah akan diberikan kepada penemu sebagai bukti penerimaan.
• Pihak MAIDAM akan membuat tindakan susulan.
• Harta Pusaka adalah semua harta yang dimiliki oleh si mati semasa hayatnya secara halal dan berterusan hak miliknya hingga kematiannya.
Read More• Fidyah ialah denda yang dikenakan ke atas orang yang meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu ataupun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.
• Ianya merupakan satu kadar tertentu yang wajib dikeluarkan sebagai suatu pemberian sebahagian daripada harta (makanan) kepada fakir miskin.
Read More• Wakaf adalah satu ibadat menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan masyarakat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T.
Allah S.W.T. telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadaNya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah yang bermaksud:-
“Bandingkan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah umpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat serratus biji. Dan ingatlah Allah melipatkan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
Read More
Projek Wakaf, Pembangunan semula Perkuburan Islam Paya Bunga, Kuala Terengganu dan Pusat Hemodialisis Wakaf Terengganu dikendalikan sepenuhnya oleh MAIDAM.
Setiap sumbangan wakaf anda akan memberi manfaat kepada ummah.
Ayuh berwakaf!