Selaras dengan peruntukan Fasal 4 (1) Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Pertama) dan peruntukan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 2001 (Pindaan 2012), menjadi matlamat utama MAIDAM untuk membantu dan menasihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu dalam semua perkara yang menyentuh hal ehwal agama, pembangunan syiar Islam serta kesejahteraan sosio-ekonomi umat Islam di negeri Terengganu berlandaskan al-Quran dan sunnah.
Institusi Baitulmal DINAMIK dan PROGRESIF.
Melestarikan pengurusan Baitulmal melalui penyampaian perkhidmatan yang menepati syarak, amanah dan berprestasi tinggi ke arah kesejahteraan masyarakat Islam di Terengganu.
Menjadikan MAIDAM sebuah institusi Islam yang terbilang :
# Berlandaskan kepada al-Qur'an dan al-Sunnah serta sumber rujukan yang diterimapakai Syarak.
# Perlaksanaan segala projek, program, aktiviti dan inisiatif hendaklah menghala ke arah pencapaian matlamat, objektif, visi dan misi MAIDAM.
# Mengamalkan konsep kerjasama dan kesatuan amal secara bersepadu dan tersusun dengan pihak kerajaan, agensi kerajaan, swasta, NGO dan mana-mana pihak ketiga yang mempunyai objektif yang sama berasaskan polisi-polisi MAIDAM.